BERITA TERKINI   Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara - Agong | Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti | Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan - Agong | Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri - Agong | 

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah Tertinggi RM13 Bilion Mula Diagih Esok - MOF

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata kadar bantuan SARA itu ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.

Selain itu, MOF berkata sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Bilangan itu merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.

Bagi kategori isi rumah, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.

“Untuk golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan,” kata kementerian itu.

-- BERNAMA