BERITA TERKINI   Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat - Kedutaan Malaysia di Jakarta | Enam perubahan penempatan, pelantikan baharu babit pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 11 Mei - KSN | Kerajaan pastikan bekalan minyak dan diesel lebih teratur lepas langkah proaktif bersama Petronas - PM Anwar | Operasi pembenihan awan akan dijalankan di Kedah dan Perlis pada 10-12 Mei serta 17-19 Mei - Arthur | 20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menunjukkan prestasi lemah di pasaran tunai.

Pada penutupan dagangan, Januari 2025 susut 23.0 mata kepada 1,553.0, Februari 2025 kurang 23.5 mata kepada 1,556.5, Mac 2025 turun 22.5 mata kepada 1,539.5, dan Jun 2025 menguncup 22.0 mata kepada 1,545.5.

Jumlah dagangan sebanyak 8,191 lot berbanding 11,333 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,956 kontrak daripada 47,225.

Pada pukul 5 petang, FBM KLCI turun 14.34 mata atau 0.91 peratus kepada 1,562.12  daripada 1,576.46 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA