Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar |
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.
Antara pertemuan itu adalah dengan Standard Chartered yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin selepas mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (empat, kiri), Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat, kanan), dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kanan). --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
EKONOMI•17/01/2025 01:36 AM
PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Syarikat Terkemuka Di UK
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Salah satu mesyuarat tersebut adalah dengan Standard Chartered Bank (SCB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.
Menurut para pegawai Malaysia, SCB sedang meneroka kemungkinan untuk kerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi memudahkan kemasukan perniagaan global ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Selain itu, Anwar turut bertemu dengan para pegawai daripada Jaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr yang mempunyai projek sedang dibangunkan di Taman Teknologi Sedenak di Johor.
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat meja bulat dengan para pemimpin industri di UK yang disertai 53 pemain industri terkemuka daripada 30 syarikat dan organisasi.
Antaranya termasuklah Airbus UK, GKN Aerospace, British Malaysian Chamber of Commerce, Shell dan BAE System.