BERITA TERKINI   GSF 2.0: Lebih 40 peserta dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Seri Lanka dan Filipina sertai pelayaran fasa akhir ke Gaza - KP SNCC | GSF 2.0: Seramai 29 peserta Malaysia teruskan pelayaran dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye - KP SNCC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada dagangan awal Jumaat.

Pada jam 9.30 pagi, Januari 2025 susut 10.5 mata kepada 1,540.0, Februari 2025 turun 8.5 mata kepada 1,544.0, Mac 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,526.0 manakala Jun 2025 menguncup 0.5 mata kepada 1,541.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,671 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,852 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 8.34 mata kepada 1,547.20 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,555.54 pada akhir dagangan semalam. 

-- BERNAMA