BERITA TERKINI   Harga petrol di Malaysia akan kekal antara terendah di dunia apabila BUDI95 dilaksana - Menteri Kewangan II | PM Anwar berlepas ke Timor-Leste esok, lawatan bersejarah perkukuh kerjasama Malaysia-Timor-Leste - Duta Besar Malaysia | Lawatan dua hari Anwar ke Timor-Leste simbol sokongan Malaysia terhadap aspirasi ASEAN negara itu - Duta Besar Malaysia | Malaysia terima 14 UAV, tujuh bot penyelamat menerusi inisiatif bantuan keselamatan Jepun -- Khaled Nordin | Timbalan Ketua Setiausaha MITI Mastura Ahmad Mustafa mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 di MITEC hari ini | 

Bank Islam Perkenal Kad Kredit Baharu Untuk Pelanggan Mewah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif. 

Sehubungan itu, bank ini menawarkan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan minimum RM500 sebelum 31 Mac, 2025, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, kata bank itu dalam kenyataannya hari ini.

“Direka khusus untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mewah,  kad ini meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik,” katanya.

Kad itu khusus bagi pelanggan yang mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM250,000.

Bank Islam juga menyasarkan untuk meningkatkan pengurusan kekayaan dan portfolio kadnya sebanyak 10 peratus pada 2025 melalui pengenalan kad kredit-i itu.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Mizan Masram berkata sebagai peneraju perbankan Islam Malaysia, bank itu komited menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.

-- BERNAMA