BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada awal dagangan Selasa.

Pada jam 9.35 pagi ini, Januari 2025 meraih 2.0 mata kepada 1,566.0, Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing menokok 3.0 mata kepada 1,569.0 dan 1,551.0 manakala Jun 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,559.5.

Jumlah dagangan sebanyak 5,895 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 41,338 kontrak.

Selain itu, petunjuk utama FBM KLCI menambah 7.18 mata kepada 1,579.52 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding 1,566.72yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA