Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring kenaikan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang tinggi dan kebimbangan mengenai pengeluaran yang lemah menjelang beberapa minggu akan datang turut meningkatkan sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan berada pada RM4,200 setan dan paras rintangan pada RM4,350 setan,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat RM38 kepada RM4,508 setan dan kontrak Mac 2025 menokok RM55 kepada RM4,359 setan.
Kontrak April 2025 naik RM54 kepada RM4,260 setan, Mei 2025 menambah RM45 kepada RM4,188 setan, Jun 2025 meningkat RM40 kepada RM4,152 setan dan Julai 2025 menokok RM42 kepada RM4,133 setan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 74,588 lot berbanding 58,179 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 220,729 kontrak daripada 222,880 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan turun RM10 kepada RM4,620 setan.
-- BERNAMA