BERITA TERKINI   SEANWFZ: China menyatakan kemahuan menandatangani 'without reservation' - Menteri Luar Mohamad | 

Westports Lantik Semula Ruben Gnanalingam Sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Westports Holdings Bhd melantik semula Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah sebagai pengerusi eksekutif syarikat dan anak syarikat milik penuhnya, Westports Malaysia Sdn Bhd (WMSB), berkuat kuasa 1 Feb, 2025.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata Ruben berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif syarikat dan pengarah urusan kumpulan sejak 20 Julai 2023.

Sebelum itu, beliau merupakan pengarah urusan kumpulan iaitu jawatan yang disandangnya sejak 1 Jan, 2018.

Dalam pada itu, pengendali pelabuhan itu juga mengumumkan pelantikan Lee Mun Tat sebagai pengarah urusan kumpulan, berkuat kuasa 1 Feb, 2025.

“Lee menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) WMSB sejak 1 Jan, 2018 dan dilantik ke lembaga pengarah WMSB pada 9 Jun 2023.

Sementara itu, Vijaya Kumar Puspowanam pula akan dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WMSB dan ahli lembaga pengarah WMSB, berkuat kuasa 1 Feb, 2025.

"Vijaya menyertai kumpulan itu pada Januari 2000 dan memegang pelbagai jawatan sehingga beliau menjadi pengurus besar pemasaran dan perniagaan konvensional pada 1 Jan, 2017.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri rantaian bekalan," katanya.

-- BERNAMA