BERITA TERKINI   Liga Super: Imigresen FC 0-3 JDT | RUU Pekerja Gig 2025 lulus, bukti komitmen Kerajaan MADANI pastikan pekerja Gig terima perlindungan sosial - TPM Ahmad Zahid | Nilai ambang persetujuan dalam RUU Pembaharuan Semula Bandar akan dipinda selepas ambil kira pandangan pelbagai pihak - Nga | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 | PM Anwar suarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan pemimpin politik mengenai makna sebenar keadilan dan kemanusiaan | 

RMK13: Kerajaan Komited Utamakan Dasar Pemboleh, Pacu Pertumbuhan Industri Utama

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited untuk mengutamakan dasar pemboleh berbanding campur tangan langsung dalam mendorong kreativiti dan pertumbuhan industri menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem yang kukuh melalui sokongan dasar, peningkatan kecekapan, pembangunan bakat dan insentif struktural untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028 atau 2029.

“Peranan kerajaan adalah membolehkan dan memudah cara, memungkinkan industri memanfaatkan kreativiti masing-masing dan berkembang dengan bebas, dan ini memerlukan dasar yang mengukuhkan keseluruhan ekosistem,” katanya pada sesi libat urus terakhir dengan wakil industri bagi RMK13 di sini, hari ini.

-- BERNAMA