BERITA TERKINI   Tuanku Muhriz zahir kebimbangan gejala rasuah semakin berleluasa, kecewa masih ada pihak beri sokongan kepada individu disabitkan bersalah | Tuanku Muhriz harap pembinaan Hospital USIM di Nilai dipertimbangkan dengan teliti, potensi perkukuh perkhidmatan kesihatan di Negeri Sembilan | Seorang penduduk tetap Singapura didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai kerana pamer nombor pendaftaran bukan milik kenderaan dipandunya | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, Januari 2025, Februari 2025 dan Mac 2025, masing-masing merosot 10.5 mata kepada 1,571.0, 1,574.5 dan 1,556.5 serta Jun 2025 berkurangan 10.0 mata kepada 1,565.0.

Jumlah dagangan naik kepada 11,416 lot daripada 8,264 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49,011 kontrak daripada 44,763 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 10.60 mata atau 0.66 peratus kepada 1,577.20 daripada 1,587.80 semalam.

-- BERNAMA