BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, Januari 2025 susut 11.5 mata kepada 1,559.5, Februari 2025 dan Jun 2025 masing-masing merosot 13.0 mata kepada 1,561.5 dan 1,552.0, manakala Mac 2025 turun 12.0 mata kepada 1,544.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 30,987 lot daripada 11,416 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 70,293 kontrak daripada 49,011 kontrak sebelum itu.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.47 mata kepada 1,573.73 daripada 1,577.20 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA