BERITA TERKINI   Pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibentang ke Jemaah Menteri hujung bulan ini - PM Anwar | Keputusan Petronas untuk mengimport gas terutamanya dari AS adalah tertakluk kepada keupayaan dan keperluan gas negara - PM Anwar | Kerajaan menyerahkan keputusan berkaitan komersial dan pelaburan kepada Petronas tanpa campur tangan politik - PM Anwar | Serangan terhadap anak Rafizi: PM Anwar zahir rasa dukacita ada budaya melampau dalam negara | PDRM nasihat perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang dibatalkan - KPN | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Jan  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak Januari 2025 turun 7.0 mata kepada 1,552.5, Februari 2025 susut 11.0 mata kepada 1,550.5, Mac 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,535.0 dan Jun 2025 jatuh 8.0 mata kepada 1,544.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 76,290 lot daripada 30,987 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 124,520 kontrak daripada 70,293 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun sebanyak 14.76 mata untuk ditutup kepada 1,558.97 daripada paras penutup 1,573.73 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA