Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 turun satu mata kepada 1,551.5, Februari 2025 dan Mac 2025 naik 3.0 mata masing-masing kepada 1,553.5 dan 1,538.0 manakala Jun 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,546.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 18,231 lot daripada 76,290 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 59,176 kontrak daripada 124,520 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 6.28 mata atau 0.4 peratus untuk ditutup kepada 1,552.69 daripada 1,558.97 pada Isnin.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 29 hingga 30 Jan bersempena dengan cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA