BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Niaga Hadapan Emas Menaik Ketika Pelabur Tingkat Simpanan Stok

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan peningkatan hari ini ketika pelabur meningkatkan simpanan stok komoditi mereka berikutan kebimbangan terhadap tarif perdagangan baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Kontrak semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,794.0 setiap auns troy daripada US$2,791.50 setiap auns troy ketika ditutup pada Jumaat.

Kontrak Februari 2025 menokok kepada US$2,802.50 setiap auns troy daripada US$2,754.10 setiap auns troy.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 kekal stabil pada US$2,815.10 setiap auns troy, meningkat daripada US$2,762.60 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 53 lot daripada sifar pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menaik kepada 78 kontrak daripada 25 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 31 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,812.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA