BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah magnitud 3.8 dikesan 27 kilometer Selatan dari Kota Marudu, Sabah 10.39 pagi ini - MetMalaysia | Colform Group mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 40 sen iaitu premium 4.0 sen daripada harga asal IPO 36 sen, sejumlah 17.78 juta saham didagangkan | Usaha penjawat awam jaga nama baik negara, persiap acara antarabangsa perlu diberi penghargaan- PM Anwar | PM Anwar arah projek tebatan banjir, basmi miskin tegar dipercepatkan | Peniaga bazar Ramadan jual lesen kepada orang lain akan dikenakan tindakan- PM Anwar | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur pada Selasa, dipengaruhi oleh prestasi pasaran niaga hadapan serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata peniaga.

Katanya, sentimen pasaran global turut dipengaruhi kebimbangan mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kembali tercetus selepas China bertindak balas terhadap tarif perdagangan AS.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan susulan ramalan cuaca buruk di beberapa negara pengeluar utama, perkembangan mengenai langkah rangsangan China dan data ekonomi AS yang menggalakkan,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menyusut 18.5 sen kepada 885.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 3.0 sen kepada 688.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA