BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | 

Alliance Bank Tawar Program Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata pihaknya menggalakkan mereka tampil untuk berbincang mengenai cara untuk membantu meringankan beban kewangan mereka dan turut menyediakan bantuan kepada kakitangan yang terjejas akibat banjir.

Program Bantuan Banjir kini dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025. Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam.

Bank juga akan mengecualikan caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir.

Maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-5516 9988 atau pengurus hubungan mereka secara langsung.

-- BERNAMA