BERITA TERKINI   Agong, Raja Permaisuri Agong zahir penghargaan terhadap guru, tunjang penting bentuk generasi masa depan negara | Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik  | Guru pendidik unggul bentuk masa depan bangsa, penggerak kemajuan negara - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini. 

Pada 9.20 pagi, kontrak Februari 2025 naik 4.5 mata kepada 1,578.0, Mac 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,559.50 dan Jun 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,562.0 manakala September 2025 tidak berubah pada 1,547.50.

Jumlah dagangan berjumlah 805 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 33,701 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.62 mata kepada 1,576.13 selepas 43 minit dagangan daripada paras penutup 1,574.51 pada Rabu.   

-- BERNAMA