BERITA TERKINI   Projek perumahan berskala besar perlu patuh konsep MADANI, lengkap dengan infrastruktur pendidikan - PM Anwar | Pembinaan semua projek perumahan perlu disegerakan, elak beban pada rakyat selaku pembeli - PM Anwar | Lebih 2,100 MW solar diagihkan di bawah NEM mengurangkan bil isi rumah sehingga 30 peratus - TPM Fadillah | Sehingga Julai 2025, Malaysia mencapai kapasiti operasi TBB 4,571.06 MW, dengan tenaga solar sahaja menyumbang 4,242.85 MW - TPM Fadillah | Polis tembak mati lelaki disyaki dalang geng samun, pecah rumah libatkan kerugian lebih RM1 juta - Bukit Aman | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jumlah Dagangan Melonjak Kepada 36 Lot

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada akhir dagangan Jumaat, menjelang pengumuman laporan senarai gaji bukan perladangan pada lewat hari ini.

Kontrak bulan semasa Februari 2025 naik kepada US$2,871.50 setiap auns troy daripada US$2,858.0 setiap auns troy, semalam.

Selain itu, kontrak Mac 2025 turut meningkat kepada US$2,882.50 setiap auns troy daripada US$2,869.0 setiap auns troy, April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 juga bertambah kepada US$2,888.10 daripada US$2,876.40 setiap auns troy, sebelum ini.

Jumlah dagangan melonjak kepada 36 lot daripada 18 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 51 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 6 Feb, 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,838.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA