BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan diniagakan dalam mod berhati-hati pada minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai asas di tengah-tengah ketidaktentuan global, termasuk dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam lingkungan 1,580-1,600 mata. 

“Para peniaga mungkin berhati-hati dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat langkah seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak Februari 2025 meningkat sedikit sebanyak 29.5 mata kepada 1,586.50, manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 27.0 mata kepada 1,566.50 dan 1,570.0.

Sementara itu, kontrak September 2025 berada pada 1,560.50.

Jumlah dagangan menurun kepada 39,531 lot berbanding 108,467 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 39,414 kontrak berbanding 47,219 kontrak sebelum itu.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengukuh sebanyak 33.99 mata kepada 1,590.91 berbanding 1,556.92 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA