BERITA TERKINI   Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar - Loke | LAE buka peluang tarik pelaburan bernilai tinggi, tingkatkan daya saing negara - Loke | Garis panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan operasi ekosistem LAE - Loke | Lim Guan Eng, isterinya dan ahli perniagaan Phang Li Koon gagal dalam permohonan batalkan pertuduhan rasuah, ubah wang haram berkaitan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta | Aliran keluar bukan pemastautin dalam pasaran pertukaran asing mencerminkan penyusunan semula portfolio susulan prestasi kukuh ringgit pada awal tahun ini - BNM | 

TMC Life Sciences Lantik Ahmad Adzuan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- TMC Life Sciences Bhd (TMCLS) melantik Datuk Dr Ahmad Adzuan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Adzuan merupakan ahli pengasas dan merupakan Penasihat Novotec Group Pte Ltd selain pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Wilayah dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan IDS Medical Systems (idsMED) dari Oktober 2020 hingga Jun 2023.

TMCLS dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Ahmad Adzuan juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur dari Mac 2015 hingga Ogos 2018.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan serta Ijazah Sarjana Muda Obstetrik dari Queen's University Belfast, United Kingdom selain memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada International Institute for Management Development, Switzerland.

Sementara itu, dalam makluman berasingan ke Bursa Malaysia, TMCLS juga mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya yang sekarang, Dr Melvin Heng Jun Li dilantik semula sebagai pengarah bukan eksekutif.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dan CEO kumpulan di Thomson Medical Group Ltd, Singapura.

Peranan terdahulu Heng termasuk menjadi CEO Hospital Gleneagles dari Januari 2021 hingga Oktober 2022 dan Penasihat Perubatan Kementerian Kesihatan Singapura dari Ogos 2016 hingga Januari 2018.

-- BERNAMA