BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 

Import Minyak Sawit India Pada Januari Terendah Dalam Tempoh 13 Tahun

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) -- India mengimport sebanyak 90,307 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari 2025, menandakan jumlah import terendah negara itu bagi komoditi tersebut dalam tempoh 13 tahun.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.

Jumlah itu termasuk 85,307 tan minyak sawit mentah (MSM), 1,500 tan olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 3,500 tan minyak isirung sawit mentah dari Malaysia.

Kumpulan industri itu berkata langkah mengawal bekalan minyak sawit Malaysia mendorong pengguna beralih kepada minyak soya yang lebih murah.

Pada Januari 2024, negara itu mengimport sebanyak 780,000 tan minyak sawit.

Jumlah minyak makan India menyusut kepada kira-kira satu juta tan berbanding 1.18 juta tan pada Disember 2024.

-- BERNAMA