BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Dialog Catat Rugi Bersih RM129.49 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Dialog Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM129.49 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM148.288 juta dalam tempoh yang sama 2023.

Syarikat itu berkata kerugian tersebut disebabkan terutamanya oleh rosot nilai sekali sahaja dalam pelaburan projek petrokimia dan tenaga boleh baharu selain kos melebihi perbelanjaan dalam projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC).

Bagi tempoh enam bulan pertama, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM21.475 juta dengan perolehan sebanyak RM1.314 bilion.

“Cabaran muncul semasa peringkat pra-pengoperasian dan pengoperasian projek EPCC ini yang mengakibatkan kos lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kumpulan komited untuk menyiapkan dan melaksanakan projek-projek tersebut. Lebihan kos dan kerugian projek ditangani selain diambil kira apabila projek ini hampir siap,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

-- BERNAMA