BERITA TERKINI   PM Anwar suarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan pemimpin politik mengenai makna sebenar keadilan dan kemanusiaan | PM Anwar meminta pemimpin agama untuk bersatu dalam mempertahankan kemanusiaan | Gangguan elektrik KLIA2: Pengurusan MAHB dan gateway@klia2 diarah siap laporan dalam masa 24 jam - Loke | RUU Perolehan Kerajaan tidak sama sekali menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh - Amir Hamzah | 98.8 peratus daripada sasaran 500,000 pembinaan rumah mampu milik dicapai dalam RMK12 - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun pada Khamis susulan kebimbangan terhadap permintaan lemah pada minggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi lemah kontrak niaga hadapan olein sawit di Dalian Commodity Exchange dan kontrak minyak kacang soya juga menjejaskan sentimen harga hari ini. 

“Kami menjangkakan paras sokongan berada pada RM4,500 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,680 setan metrik,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 turun RM107 kepada RM4,768 setan metrik, Mac 2025 susut RM60 kepada RM4,666 setan metrik dan April 2025 berkurangan RM67 kepada RM4,554 setan metrik.

Kontrak Mei 2025 berkurangan RM72 kepada RM4,457 setan metrik, Jun 2025 turun RM73 kepada RM4,360 setan metrik dan Julai 2025 susut RM69 kepada RM4,281 setan metrik.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 97,142 lot daripada 119,246 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 227,425 kontrak daripada 225,625 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Februari susut RM50 kepada RM4,850 setan metrik.

-- BERNAMA