BERITA TERKINI   Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | Kementerian Komunikasi tumpu pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif dan informasi serta komunikasi kerajaan pada 2026 - Fahmi | Ekonomi negara kini di landasan betul, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar - Fahmi | Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini. 

Kontrak Februari 2025 susut 6.5 mata kepada 1,592.5, Mac 2025 dan Jun 2025 berkurangan 5.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,573.0 dan 1,577.5, manakala September 2025 turun 5.0 mata kepada 1,565.5.  

Jumlah dagangan turun kepada 4,678 lot daripada 6,978 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39,750 kontrak daripada 41,750 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.68 mata kepada 1,591.60 daripada 1,592.28 pada Khamis. 

-- BERNAMA