BERITA TERKINI   Pelabuhan Klang catat rekod pengendalian kargo sebanyak 14.6 juta TEUs pada 2024 – Anthony Loke | Malaysia terus teroka kaedah kurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik, termasuk potensi pelaksanaan mothballing dan co-firing -- Fadillah  | Sektor penghasilan elektrik Malaysia masih bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama, termasuk gas untuk penuhi permintaan beban asas -- Fadillah | Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap PM Anwar di Bahrain | Seorang maut, lapan lagi Orang Asli dari Kampung Chergun dan Guntur Kuala Pilah dijangkiti wabak kusta -- MB Negeri Sembilan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berada Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI bergerak antara paras 1,580 dan 1,600 mata pada minggu depan.

“We believe cautious sentiment surrounding the US tariff war and its potential market impact will persist,” he told Bernama.

"Kami percaya sentimen berhati-hati berhubung perang tarif AS dan potensi kesannya ke atas pasaran akan berterusan," katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, bulan kontrak Februari 2025 naik enam mata kepada 1,592.5, Mac 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,573.0, Jun 2025 menokok 7.5 mata kepada 1,577.5, manakala kontrak September 2025 menambah lima mata kepada 1,565.5. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 24,921 lot daripada 39,531 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 39,750 kontrak daripada 39,414 kontrak sebelumnya. 

Bagi aas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mencatatkan kenaikan sederhana 0.69 mata kepada 1,591.60 daripada 1,590.91 sebelumnya.

-- BERNAMA