BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

Diplomasi Semikonduktor Jadi Satu Daripada Tonggak Strategik Kerangka Dasar NSS -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju supaya diplomasi semikonduktor menjadi satu daripada tonggak strategik dalam kerangka dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan NSS dirangka bagi memperkukuh kerjasama sinergi dengan rakan kongsi antarabangsa serta negara ASEAN ke arah memastikan rantaian bekalan yang mampan selain berdaya tahan bagi pemain semikonduktor domestik dan global.

"Dalam hal ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri akan memupuk kerjasama yang lebih erat dalam aspek diplomasi semikonduktor serta inisiatif strategik yang boleh melonjak negara ke tahap yang lebih berketerampilan," kata beliau.

Hari ini, Mesyuarat MPN bersetuju dengan cadangan pelaksanaan kerangka dasar NSS.

Anwar berkata kerangka dasar ini akan memberi fokus strategik kepada pembangunan syarikat tempatan dengan sasaran mewujudkan 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan hasil dianggarkan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion.

-- BERNAMA