BERITA TERKINI   Perang mencetuskan kesangsian di seluruh rantau dan berisiko mencetuskan perlumbaan senjata baharu dan berbahaya - PM Anwar | Malaysia diiktiraf antara peneraju industri halal global dengan sistem pensijilan diyakini hampir 50 negara - Ahmad Zahid | Ketidaktentuan geopolitik global buka ruang strategik Malaysia perkukuh rantaian halal - Ahmad Zahid | Diplomasi akan menjadi sia-sia jika diselubungi penipuan dan ketidaktulusan - PM Anwar | Malaysia perlu memacu peralihan yang tuntas ke arah sumber tenaga lestari, pelbagai dan kos efektif - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga disokong kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan tambahan oleh China. 

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.43 peratus kepada US$75.54 setong.

"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidakpastian tarif perdagangan AS dan penurunan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan setakat 3 petang, SMR 20 meningkat setengah sen kepada 915.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA