BERITA TERKINI   Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | KPT pantau aktiviti berkaitan militan IS dalam kalangan pelajar IPT - Zambry | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah pada awal dagangan Rabu.

Pada jam 9.35 pagi, Februari 2025 susut 2.5 mata kepada 1,580.0. Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing turun 2.0 mata kepada 1,560.5 dan 1,565.0 manakala September 2025 tidak berubah pada 1,555.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,003 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,767 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 4.54 mata kepada 1,580.30 selepas 40 minit dagangan dijalankan.  

-- BERNAMA