BERITA TERKINI   ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | 

Sun Life Malaysia Lantik Noor Azam Mohd Yusof Sebagai CEO Unit Takaful

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

Beliau menggantikan Jeffry Azmi yang telah bersara.

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia takaful keluarga dan insurans nyawa itu berkata berbekalkan pengalaman cemerlang lebih 25 tahun dalam sektor takaful dan konvensional, Azam Yusof membawa pengetahuan luasnya ke Sun Life.

“Kepakarannya termasuk pemasaran dan jualan, bancassurance dan bancatakaful, pengurusan saluran agensi, pembangunan perniagaan dan transformasi perniagaan strategik.

“Sebagai CEO SLMT, Azam Yusof akan bertanggungjawab menyelia semua aspek perniagaan, termasuk pematuhan syariah dan tadbir urus,” katanya.

Katanya, CEO baharu itu akan menerajui pelaksanaan strategi perniagaan SLMT, yang direka untuk mencapai pertumbuhan berterusan dan meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju utama bancatakaful di pasaran Malaysia.

“Azam Yusof menyertai Sun Life daripada pengendali Takaful keluarga terkemuka, selepas berkhidmat sebagai CEO sejak 2017.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Universiti Illinois Utara dan Ijazah Sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA,” katanya.

-- BERNAMA