BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | 

Malakoff Kembali Untung Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023.

Perolehan pula turun 1.1 peratus kepada RM8.97 bilion daripada RM9.07 bilion bagi tempoh yang sama.

Prestasi perolehan itu disebabkan terutama oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah dicatatkan daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) ekoran penurunan harga arang batu boleh guna (ACP).

“Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi dengan pembayaran tenaga lebih tinggi dicatatkan daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV) dan Prai Power Sdn Bhd selaras dengan faktor penghantaran yang lebih tinggi,” menurut Malakoff dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi prestasi kewangan suku keempat, Malakoff mencatatkan keuntungan bersih RM26.03 juta berbanding kerugian bersih RM357.12 juta pada suku sama tahun kewangan 2023 manakala perolehan berkurangan 4.4 peratus kepada RM2.16 bilion daripada RM2.26 bilion.

“Perolehan lebih rendah itu disebabkan oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah dicatatkan daripada TBP berikutan penurunan ACP dan faktor penghantaran.

“Bagaimanapun, prestasi ini sebahagiannya diimbangi oleh pembayaran tenaga lebih tinggi dicatatkan daripada Tanjung Bin Energy Sdn Bhd dan SEV sejajar dengan faktor penghantaran yang lebih tinggi,” tambahnya.

Malakoff memaklumkan dividen interim sebanyak 2.23 sen bagi setiap saham biasa telah diagihkan melibatkan 4.89 bilion saham biasa yang diterbitkan -- jumlah pembayaran sebanyak RM108.98 juta, berdasarkan prestasi tahun kewangan 2024 pada 25 Oktober.

-- BERNAMA