BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki pasaran global selepas harga logam berharga itu mencecah paras tertinggi baharu US$2,955 setiap auns troy, semalam.

Bagaimanapun di sebalik aliran penyusutan itu, harga emas global dijangka mencecah paras tertinggi bagi minggu kelapan berturut-turut, disokong oleh permintaan berterusan terhadapnya berikutan kebimbangan berkaitan perang perdagangan.

Di peringkat tempatan, kontrak bulan semasa Februari 2025 turun kepada US$2,926.40 setiap auns troy daripada US$2,954.30 semalam manakala Mac 2025 berkurangan kepada US$2,933.30 daripada US$2,961.20 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 susut kepada US$2,943.50 setiap auns troy daripada US$2,971.40 setiap auns troy, semalam.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 62 lot daripada 54 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurngan sedikit kepada 106 kontrak daripada 109 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Feb, 2025, harga empas fizikal berada pada US$2,932.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA