BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Februari 2025 turun 6.5 mata kepada 1,583.0, Mac 2025 susut 7.5 mata kepada 1,562.0, Jun 2025 berkurangan 8.0 mata kepada 1,566.0 dan September 2025 jatuh 9.0 mata kepada 1,554.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 22,008 lot daripada 7,560 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 58,959 kontrak daripada 43,920 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.78 mata atau 0.43 peratus kepada 1,584.25 daripada paras penutup 1,591.03 pada Jumaat minggu lepas.

 

-- BERNAMA