BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

MITI Sasar Pertumbuhan Pelaburan Diluluskan 5 Peratus Pada 2025 - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024, yang tertinggi pernah direkodkan.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran itu ditetapkan sejajar dengan jangkaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini pada 4.7 peratus.

“Sasaran itu ditetapkan selepas MITI mengambil kira situasi geopolitik dan perdagangan yang mengganggu rantaian bekalan dan menilai semula perkongsian global serta kemajuan teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), dan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang membentuk semula industri,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan prestasi pelaburan negara dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.

Beliau juga berkata peningkatan pelaksanaan dasar dan subsidi yang dipacu kerajaan ketika negara-negara membangun bersaing untuk menarik pelaburan dan membina industri utama dan dorongan global bagi kemampanan telah mempengaruhi landskap ekonomi dan perniagaan. 

--BERNAMA