BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Mesyuarat Dua Hari Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan Bermula Hari Ini Di Desaru

Oleh Norsyafawati Ab Wahab dan Danni Haizal Danial Donald

KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan (Prep-SEOM) selama dua hari untuk Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 bermula di Desaru dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa mempengerusikan mesyuarat itu yang menhimpunkan pegawai kanan ekonomi dari negara anggota ASEAN.

Dalam ucapan pembukaannya, Mastura berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara penting bagi Pemukiman AEM yang akan berlangsung Jumaat depan.

"Saya berharap dapat memudahkan perbincangan dengan rakan-rakan SEOM untuk menyelaraskan pembentangan dan perbincangan, memastikan kita boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara dalam agenda yang berkaitan serta memperoleh panduan dan keputusan AEM," katanya.

Pegawai kanan ekonomi yang mewakili kementerian perdagangan, perdagangan dan hal ehwal ekonomi di ASEAN akan membincangkan persiapan untuk Pemukiman AEM akan datang, dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebelum ini, Mesyuarat Kumpulan Kerja-Komuniti Ekonomi ASEAN (WG-AEC) Ke-12 telah diadakan pada 22 hingga 23 Februari manakala Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) Ke-47 berlangsung pada 24 hingga 25 Februari.  

--  BERNAMA