BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kekukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkan tarif perdagangan.

Pada Selasa, Trump memberi bayangan bahawa kerajaan AS bersedia untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico bulan depan.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 turun kepada US$2,891.80 bagi setiap auns troy daripada US$2,917.20 semalam manakala Mac 2025 berkurangan kepada US$2,896.90 bagi setiap auns troy daripada US$2,922.30.

April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing susut kepada US$2,909.60 bagi setiap auns troy daripada US$2,935.0 pada Rabu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 94 lot daripada 64 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turut naik kepada 128 kontrak daripada 95 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 26 Februari, harga emas fizikal adalah US$2,901.0 bagi setiap auns troy.

-- BERNAMA