BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. 

Kontrak bulan semerta Mac 2025 naik 6.5 mata kepada 1,548.5, bulan baharu April berada pada 1,551.5, Jun 2025 meningkat 7.5 mata kepada 1,553.0 dan September 2025 menokok 8.0 mata kepada 1,540.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,841 lot daripada 15,185 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 39,368 kontrak daripada 49,479 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.31 mata atau 0.21 peratus kepada 1,571.39 daripada paras penutup 1,574.70 pada Jumaat. 

-- BERNAMA