BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin apabila permintaan meningkat semula di tengah-tengah ketidaktentuan dalam ekonomi global, kata penganalisis. 

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata konflik di Ukraine menguasai pasaran, sekali gus meningkatkan risiko yang berterusan. 

“Keadaan ini dikenali sebagai ketidaktentuan geopolitik. Tiada kepastian dalam politik global sekarang dan itu yang menyebabkan emas mendapat tawaran (permintaan meningkat) hari ini,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata jika Donald Trump menunaikan tarif yang dijanjikan, ia mungkin mendorong kenaikan harga emas ke paras lebih tinggi.

“Pedagang, pelindung nilai dan spekulator tidak mengambil sebarang peluang sekarang dan membeli emas tetapi ia tidak setinggi yang dicatatkan baru-baru ini,” katanya. 

Kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$2,878.20 setiap auns troy berbanding US$2,867.20 setiap auns troy pada Jumaat, manakala April 2025 menaik kepada US$2,887.40 setiap auns troy daripada US$2,879.90 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara, Mei 2025, Jun 2025, Ogos 2025 semuanya berada pada US$2,887.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 12 lot daripada 32 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 53 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 28 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,834.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA