BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

IPO Saliran Group Terlebih Langgan 76.03 Kali

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Saliran Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Mac, telah terlebih langgan sebanyak 76.03 kali.

Syarikat itu berkata ia menerima 12,926 permohonan untuk 1.47 bilion saham terbitan bernilai RM398.19 juta daripada orang ramai.

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Saliran berkata bagi bahagian bumiputera, sebanyak 4,848 permohonan untuk 465.02 juta saham terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 47.58 kali.

"Bagi bahagian awam pula, sebanyak 8,078 permohonan untuk 1.0 bilion saham terbitan diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 104.49 kali," katanya.

Syarikat pembekal paip minyak dan gas (O&G) itu juga berkata sebanyak 7.65 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh individu yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

Bagi penempatan persendirian untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sebanyak 47.86 juta saham terbitan telah habis dilanggan.

Saliran Group menyasarkan untuk meraih RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) mereka, dengan harga IPO ditetapkan pada 27 sen sesaham.

Mengenai hasil yang diperoleh daripada IPO itu, syarikat berkenaan berkata sebanyak RM1.20 juta akan digunakan untuk menubuhkan pejabat jualan di Indonesia.

“Sebanyak RM1.44 juta (akan digunakan) untuk pembelian jentera dan trak penghantaran; RM7 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank; RM8.37 juta untuk modal kerja am dan RM3.70 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian,” tambahnya.

-- BERNAMA