BERITA TERKINI   Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Rabu sejajar dengan trend penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata penurunan harga minyak mentah turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dan langkah-langkah rangsangan China.

“China melaksanakan lebih banyak rangsangan fiskal pada Rabu, menunjukkan usaha untuk meningkatkan penggunaan dan memastikan hala tuju ekonomi ke arah sasaran pertumbuhan sebanyak 5 peratus pada tahun ini, dengan perang perdagangan yang meningkat dengan Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua bulan didorong oleh kebimbangan mengenai perang perdagangan global yang meningkat susulan tarif baharu AS.

Beliau berpendapat tarif AS telah menyebabkan kebimbangan pasaran.

Getah asli merosot bersama komoditi pukal lain selepas kerajaan AS mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China.

Pada 4.11 petang, harga minyak mentah Brent susut 0.18 peratus kepada US$70.92 setong.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 18.5 sen kepada 909.0 sen sekilogram setakat 3 petang manakala susu getah pukal berkurangan lima sen kepada 712.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA