BERITA TERKINI   Sebanyak RM300 juta diperuntukkan di bawah Insentif Penggambaran Filem di Malaysia untuk tempoh lima tahun bagi tarik produksi antarabangsa, tingkat peluang pekerjaan penggiat tempatan - Fahmi | FINAS diminta teliti aspek perundangan dan hak cipta bagi lindungi hak seniman, penggiat filem dalam era AI - Fahmi | Kerajaan akan tawarkan proses mediasi percuma bagi kes pertikaian perundangan babit semua jenis kontrak di bawah RM250,000 - Azalina | MPBN beri penekanan lebih besar kepada kesiapsiagaan, pencegahan dan pengurangan risiko bencana - TPM Ahmad Zahid | Kabinet lulus penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara, perkukuh tadbir urus bencana - TPM Ahmad Zahid | 

YTL Communications Jalin Usaha Sama Strategik Dengan Bullish Aim Group

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bullish Aim Group dan YTL Communications Sdn Bhd, anak syarikat YTL Power International Bhd, menjalin usaha sama strategik untuk membangunkan infrastruktur gentian bersama generasi akan datang.

Usaha sama itu bertujuan memenuhi permintaan yang meningkat untuk jaringan berkelajuan tinggi dan perkhidmatan data yang kukuh, menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Menurut kenyataan bersama hari ini, kerjasama tersebut akan menyaksikan penggunaan rangkaian gentian optik bersepadu yang dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan penghantaran data dan menggalakkan kecekapan yang lebih baik untuk penyedia telekomunikasi dan perniagaan.

“Dengan memanfaatkan pengalaman luas YTL Communications dalam pembangunan infrastruktur berskala besar dan kepakaran teknologi BA Group, usaha sama ini akan menetapkan penanda aras baharu dalam industri data,” katanya.

Inisiatif itu juga sejajar dengan matlamat transformasi digital Malaysia dengan menyediakan penyelesaian jaringan berkapasiti tinggi yang memberi manfaat kepada industri daripada pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) hingga Internet of Things (IoT) dan 5G.

“Usaha sama ini juga akan mengurangkan pertindihan infrastruktur, kos yang lebih rendah untuk penyedia perkhidmatan dan memastikan pendekatan yang lebih mampan dan inklusif untuk pembangunan teknologi,” katanya.

Pengarah Urusan YTL Communications dan YTL Power Datuk Seri Yeoh Seok Hong berkata dengan Johor menjadi hab utama bagi pusat data, usaha sama ini akan melabur dan membina rangkaian gentian yang diperlukan untuk merealisasikan ekonomi digital baharu, memacu pertumbuhan yang pesat serta pelaksanaan perkhidmatan digital dan teknologi termaju. 

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan BA Group untuk menyediakan jaringan berkelajuan tinggi dan dipercayai dari Johor ke seluruh negara dan dunia,” katanya.

-- BERNAMA