BERITA TERKINI   Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | KPT pantau aktiviti berkaitan militan IS dalam kalangan pelajar IPT - Zambry | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Jangkaan Langkah Rangsangan China

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur pada Rabu seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bercakap kepada Bernama katanya sentimen pasaran dipengaruhi oleh jangkaan bahawa lebih banyak langkah rangsangan dari China, kenaikan harga minyak mentah dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Pasaran niaga hadapan getah Jepun mencatatkan pemulihan berikutan kebimbangan mengenai bekalan daripada pengeluar utama Thailand manakala peningkatan jualan kereta mendorong sentimen terhadap bahan pembuatan tayar berkenaan.

“Peningkatan seterusnya dikekang oleh kebimbangan yang meningkat mengenai perang perdagangan global berikutan keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan memandangkan peniaga menunggu pengumuman data ekonomi AS yang akan mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada masa akan datang,” katanya.

Menurut analisis, beliau berkata jangkaan kemelesetan ekonomi AS pada 2025 meningkat kepada 35 peratus berbanding 15 peratus pada Disember berikutan kesan ekonomi daripada tarif baharu yang dikenakan.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 0.5 sen sen kepada 883.50 sen sekilogram setakat 3 petang manakala susu getah pukal susut 3.00 sen kepada 699.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA