BERITA TERKINI   Piala FA: Kelantan TRW 3-1 KL City | Piala FA: Negeri Sembilan 5-0 PDRM | Sektor pembuatan bukan sektor masa lepas - Ia adalah sektor masa hadapan - PM Anwar  | Sektor pembuatan Malaysia bersedia untuk berkembang maju dalam era baharu ini melalui kerjasama dan dasar yang tepat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Meningkat

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki pasaran asas tunai.

Kontrak Mac 2025 menokok 29 mata kepada 1,504.5, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing meraih 28.5 mata kepada 1,506.5 dan 1,508.0 manakala September 2025 meningkat 29 mata kepada 1,496.0.

Jumlah dagangan susut sedikit kepada 11,227 lot daripada 13,233 pada hari Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 50,510 kontrak daripada 52,166 sebelum ini.  

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 25.20 mata ke paras 1,510.03 berbanding 1,484.83 pada akhir dagangan semalam. 

-- BERNAMA