BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Pasaran Getah Meningkat, Menjejaki Pasaran Serantau Yang Positif

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia memulih hari ini selepas disokong oleh momentum menaik di pasaran getah serantau dan pengukuhan harga minyak mentah ketika ringgit melemah berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

 Beliau berkata harga turut dipacu oleh bahan mentah yang agak terhad di negara-negara pengeluar utama seperti Thailand, di tengah-tengah keyakinan untuk langkah-langkah rangsangan China seterusnya.

"Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh krisis perdagangan global yang semakin meruncing," kata peniaga itu kepada Bernama. 

Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa SMR 20 meningkat sebanyak 11.5 sen kepada 884.50 sen sekilogram pada pukul 3 petang, manakala lateks pukal menokok 1.0 sen kepada 697.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA