BERITA TERKINI   MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | Skandal rasuah libatkan ATM, MINDEF berskala besar, akan bertemu Menteri Pertahanan dalam masa terdekat - Azam Baki | Jangan korbankan integriti kerana kejar jawatan, kuasa dan kekayaan - Sultan Nazrin | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kekukuhan Pasaran Minyak Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini di tengah-tengah kekukuhan harga di pasaran olein minyak sawit dan minyak kacang soya Dalian China, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kebimbangan terhadap pengeluaran rendah pada minggu-minggu akan datang juga meningkatkan sentimen pasaran. 

“Dari segi teknikal, paras sokongan harga MSM berada pada RM4,450 setan metrik dengan paras rintangan pada RM4,680 setan metrik,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 susut RM23 kepada RM4,750 setan metrik, April 2025 naik RM23 kepada RM4,694 setan metrik dan Mei 2025 meningkat RM37 kepada RM4,576 setan metrik.

Kontrak Jun 2025 menokok RM39 kepada RM4,474 setan metrik, Julai 2025 meningkat RM38 kepada RM4,375 setan metrik dan Ogos 2025 mengukuh sebanyak RM27 kepada RM4,304 setan metrik. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 88,944 lot daripada 86,679 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 248,014 kontrak daripada 247,422 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan kekal pada RM4,850 setan metrik.

-- BERNAMA