BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dibentang sebelum akhir tahun - PM Anwar | Memerangi rasuah perlukan keberanian, integriti dan penyertaan aktif setiap lapisan masyarakat - PM Anwar  | Satu pengumuman dijangka dibuat esok bagi menangani kebimbangan mengenai kehakiman dan menegaskan semula inisiatif reformasi kerajaan MADANI - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.50 pagi, kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 turun 2.0 mata, masing-masing kepada 1,518.0, 1,521.0 and 1,523.5, mankala September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,508.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,905 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,872 kontrak.  

FBM KLCI merosot 8.16 mata kepada 1,519.65 daripada 1,527.81 ketika ditutup pada Isnin lepas selepas 58 minit dagangan.  

Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa, 19 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.

-- BERNAMA