BERITA TERKINI   Bantuan Wang Ihsan Kematian RM10,000 diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia dalam bencana - JPBN Sabah | Dua lagi mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, angka korban kini tujuh - Polis | Banjir Sabah: PM Anwar seru semua pihak bersatu, berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat | PM Anwar arahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan segera bantu rakyat yang terjejas banjir di Sabah | Banjir Sabah: PM Anwar lulus peruntukan segera RM10 juta melalui NADMA untuk disalur kepada mangsa yang terkesan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak Mac 2025, Jun 2025 dan September 2025 turun 6.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,514.0, 1,519.5 dan 1,506.0, manakala April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,517.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,321 lot daripada 6,916 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,582 kontrak daripada 44,243 kontrak sebelumnya.  

Pad 5 petang, FBM KLCI susut 10.15 mata atau 0.66 peratus kepada 1,517.66 daripada paras penutup 1,527.81 pada Isnin. 

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa bersempena dengan cuti umum Nuzul Al-Quran.

-- BERNAMA