BERITA TERKINI   Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | Ahli Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) negeri terima sumbangan RM10,000, GKMM terima RM30,000 - Fahmi | 

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke London

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam catatan di laman X, penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur).

Malaysia Airlines menasihatkan penumpang untuk mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian ‘My Booking’ di laman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera.

Lapangan terbang itu ditutup pada Jumaat selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Menurut laporan berita, lebih 1,300 penerbangan, termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines, terjejas akibat penutupan tersebut, menyaksikan penerbangan dialihkan atau kembali ke destinasi asal mereka.

-- BERNAMA