BERITA TERKINI   Isteri bekas PTD Hafizuddeain, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas empat tuduhan terima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 | Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas empat tuduhan terima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.18 pagi, Mac 2025 dan April 2025 meningkat 13.0 mata masing-masing kepada 1,504.0 dan 1,506.0, Jun 2025 menambah 15.5 mata kepada 1,495.5 dan September 2025 melonjak 13.0 mata kepada 1,480.0.

Jumlah dagangan sebanyak 14,381 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 57,087 kontrak.  

FBM KLCI meningkat 10.11 mata kepada 1,513.93 daripada 1,503.82 semalam selepas 41 minit dagangan.

-- BERNAMA