BERITA TERKINI   Kontrak penganjuran MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dilanjutkan lima tahun hingga 2031 - Menteri KBS | Malaysia perlu persiapkan tenaga kerja hadapi era AI melalui pendidikan lebih berkualiti, latihan kemahiran dan pembangunan bakat - PM Anwar | Keputusan Ant International wujudkan pusat operasi globalnya di Malaysia cerminkan keyakinan meningkat terhadap kekuatan negara dalam bidang teknologi, inovasi dan AI - PM Anwar | Teknologi, kewangan dan inovasi perlu wujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh industri tempatan, menyokong perniagaan dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan mampu milik - PM Anwar | Lebih 59,000 bekas pelajar tajaan JPA yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Dis 2024 layak memohon Opsyen PBU Akademik Fasa Kedua - JPA | 

Harga Saham Dayang Enterprise Meningkat Selepas Peroleh Kontrak Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Harga saham Dayang Enterprise Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini selepas memperoleh tiga kontrak pesanan kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

CIMB Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata bahawa kontrak itu dengan tempoh tiga tahun ditambah pilihan lanjutan selama dua tahun, dijangka menyumbang sehingga RM444.4 juta hasil.

CIMB Securities mengekalkan saranan 'beli' terhadap Dayang Enterprise, disokong oleh bekalan pasaran yang ketat dan kedudukan tunai bersihnya kukuh, mengunjurkan kadar penggunaan kapal yang stabil sekitar 70 peratus pada 2025.

Pada jam 9.41 pagi, harga saham Dayang Enterperise meningkat 5.0 sen kepada RM2.00 dengan 647,600 saham diniagakan.

-- BERNAMA