BERITA TERKINI   Pengembangan berterusan portfolio pinjaman dan deposit tingkatkan untung bersih Public Bank kepada RM1.75 bilion pada suku pertama 2026 daripada RM1.74 bilion suku pertama 2025 | KPT struktur semula 36 politeknik, tawar pengajian peringkat Ijazah dan Sarjana selari keperluan industri berteknologi tinggi - Zambry | Permintaan buruh Malaysia meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.23 juta jawatan pada suku pertama 2026 - DOSM | Kerajaan teliti insentif untuk percepat penggunaan trak EV susulan peningkatan kos subsidi diesel - Loke | Malaysia perlu bina kemampuan eksport berdaya tahan dan tidak bergantung kepada pelepasan tarif sementara AS - Akmal Nasrullah | 

Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama.

Seorang peniaga berkata harapan yang makin meningkat untuk rangsangan ekonomi China yang seterusnya telah menaikkan sentimen global, manakala para peniaga merasa lega kerana agenda tarif AS kurang teruk daripada yang dijangkakan.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kejatuhan dalam penanda aras harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang bercampur-campur, berikutan meningkatnya risiko geopolitik dan ketegangan perdagangan global yang berterusan,” katanya kepada Bernama.

Setakat 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 3.5 sen kepada 890.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 3.5 sen kepada 684 sen sekilogram.

-- BERNAMA